Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan-Jurnal Pendidikan 27 (2001) 35-45

October 20, 2008 at 4:52 am (Uncategorized)

 Tujuan kajian ialah untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk sains dan teknologi di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelatih di institusi-institusi kemahiran, guru dan pengajar mereka. Umumnya, didapati para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan dan kemajuan sains dan teknologi. Pelajar sekolah asrama, terutamanya MRSM, menunjukkan sikap yang paling positif. Sungguhpun kurikulum di sekolah dan di institusi latihan dianggap sesuai dan relevan, teknik pengajaran dinilai kurang positif. Bahan bacaan dan alat bantu mengajar masih belum mencukupi. Ibu bapa dan agensi luar memberi sokongan positif terhadap anak-anak mempelajari sains dan teknologi namun mereka tidak terlibat secara langsung dan aktif dalam pembudayaan itu. Berasaskan dapatan kajian, satu piawai tentang proses pembudayaan sains dan teknologi dicadangkan.

Penghuraian proses pembelajaran pelajar iaitu memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran disamping pemupukan nilai serta kesedaran mengenai kepentingan sains dan teknologi. Kajian ini memfokuskan kepada lima perkara iaitu sikap pelajar menengah atas dan pelajar lepasan menengah terhadap sanis dan teknologi, menjelaskan persekitaran keluarga bagi pembelajaran sains dan teknologi, penentuan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam proses P&P sains dan teknologi, menghuraikan kurikulum dan proses P&P matapelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi dan terakhir adalah mencadangkan satu standard kandungan,kaedah serta kemudahan supaya sains dan teknologi dapat dibudayakan.

Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah tinjauan pendapat, kajian senarai semak analisis keperluan, temu bual dan teknik delphi yang telah diubahsuaikan. Keempat set soal selidik telah dibentuk dan ditadbirkan kepada pelajar, pelatih, guru dan pengajar di beberapa buah sekolah harian yang terpilih, sekolah asrama, institusi latihan teknik dan vokasional, dan institusi latihan vokasional swasta di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Seterusnya untuk sesi temu bual dan cadangan piawai beberapa orang pakar sains dan teknologi key personnel  daripada universiti dan pentadbir dari institut latihan terlibat.

 

 

 

 

Leave a comment