Pembudayaan Sains dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan-Jurnal Pendidikan 27 (2001) 35-45

October 20, 2008 at 4:52 am (Uncategorized)

 Tujuan kajian ialah untuk menilai sejauh mana sistem pendidikan, formal dan tidak formal, berupaya mendidik dan melatih generasi muda untuk sains dan teknologi di Malaysia. Responden kajian terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelatih di institusi-institusi kemahiran, guru dan pengajar mereka. Umumnya, didapati para pelajar, pelatih, guru dan pengajar menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan dan kemajuan sains dan teknologi. Pelajar sekolah asrama, terutamanya MRSM, menunjukkan sikap yang paling positif. Sungguhpun kurikulum di sekolah dan di institusi latihan dianggap sesuai dan relevan, teknik pengajaran dinilai kurang positif. Bahan bacaan dan alat bantu mengajar masih belum mencukupi. Ibu bapa dan agensi luar memberi sokongan positif terhadap anak-anak mempelajari sains dan teknologi namun mereka tidak terlibat secara langsung dan aktif dalam pembudayaan itu. Berasaskan dapatan kajian, satu piawai tentang proses pembudayaan sains dan teknologi dicadangkan.

Penghuraian proses pembelajaran pelajar iaitu memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran disamping pemupukan nilai serta kesedaran mengenai kepentingan sains dan teknologi. Kajian ini memfokuskan kepada lima perkara iaitu sikap pelajar menengah atas dan pelajar lepasan menengah terhadap sanis dan teknologi, menjelaskan persekitaran keluarga bagi pembelajaran sains dan teknologi, penentuan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam proses P&P sains dan teknologi, menghuraikan kurikulum dan proses P&P matapelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi dan terakhir adalah mencadangkan satu standard kandungan,kaedah serta kemudahan supaya sains dan teknologi dapat dibudayakan.

Kaedah penyelidikan yang digunakan termasuklah tinjauan pendapat, kajian senarai semak analisis keperluan, temu bual dan teknik delphi yang telah diubahsuaikan. Keempat set soal selidik telah dibentuk dan ditadbirkan kepada pelajar, pelatih, guru dan pengajar di beberapa buah sekolah harian yang terpilih, sekolah asrama, institusi latihan teknik dan vokasional, dan institusi latihan vokasional swasta di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan. Seterusnya untuk sesi temu bual dan cadangan piawai beberapa orang pakar sains dan teknologi key personnel  daripada universiti dan pentadbir dari institut latihan terlibat.

 

 

 

 

Advertisements

Permalink Leave a Comment

Proses Kognitif Pelajar Cemerlang dan Tidak Cemerlang-Jurnal Pendidikan 27 (2001)

October 20, 2008 at 3:42 am (Uncategorized)

 

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses kognitif dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh 11 orang pelajar-pelajar Tahun 2 UKM, Bangi. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dan tidak cemerlang berdasarkan purata gred kumulatif mereka. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah ex post facto atau causalcomparative. Data dianalisis dengan menggunakan analisis faktor dan statistik inferensi (kolerasi Pearson dan ujian-t). Hasil daripada analisis faktor, empat faktor utama (strategi) dikenal pasti iaitu: motivasi pencapaian, pembelajaran operasional, hafalan dan pendekatan global. Kajian juga mendapati wujud korelasi negatif antara pencapaian pelajar dengan pembelajaran operasional dan hafalan. Pelajar-pelajar berpencapaian rendah lebih cenderung kepada orientasi pencapaian, penghasilan semula, pembinaan makna, pembelajaran pemahaman dan pembelajaran operasional berbanding dengan pelajar-pelajar berpencapaian tinggi. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah terdapat beberapa perbezaan antara proses kognitif pelajar-pelajar cemerlang dan tidak cemerlang. Implikasi terhadap pendekatan pengajaran pensyarah dan pendekatan pembelajaran pelajar dibincangkan.

Jurnal ini membincangkan secara meluas aspek kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh pelajar dalam melengkapi pembelajaran mereka dengan pelbagai cara dan matlamat. Seterusnya,kajian dibuat untuk mengaitkan kaedah pembelajaran dengan prestasi pencapaian. Antara aspek kaedah yang dikaji ialah motivasi pencapaian, pembelajaran operasional, hafalan dan pendekatan global. Setiap kaedah yang digunakan mempunyai kelebihan tersendiri dan seseorang pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran tersendiri tidak boleh dilabel sehingga menimbulkan satu stigma. 

Hasil daripada kajian kaedah tersebut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dengan pembelajaran operasional dan hafalan (p<0.01). Kedua-dua korelasi ini merupakan korelasi negatif yang sederhana yang menunjukkan bahawa pelajar UKM yang tahap pencapaiannya rendah lebih cenderung untuk mengamalkan strategi hafalan berbanding dengan pelajar berpencapaian tinggi begitu juga dengan strategi pembelajaran operasional

 

Permalink Leave a Comment

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?lang=kanak&sub=0&bhs=may&storyid=1154953076975

October 17, 2008 at 11:54 am (Uncategorized)

Masalah Pembelajaran – Disleksia

    Segala persoalan diatas dapat dijawab melalui laman web ini.Pengetahuan yang lengkap mengenai DISLEKSIA boleh diperolehi melalui laman ini.Langkah-langkah bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah ini juga dinyatakan dengan jelas iaitu :
  1.  
    • Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
    • Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
    • Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
      • Terapi pertuturan
      • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
      • Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
        1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
        2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
        3. Merasa pergerakan bibir
        4. Menulis huruf atau perkataan
    • Langkah-langkah pemulihan :
      • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
      • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
      • Gunakan video atau kaset untuk belajar
    • Program pemulihan khusus :
      • Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
  2. Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

Oleh itu,pada sudut pandangan saya,laman ini boleh dijadikan bahan rujukan kerana walaupun tajuk disleksia ini tidak dibincangkan secara panjang lebar dalam program pendidikan khas,tetapi amat sesuai dijadikan penambah pengetahuan kepada sesiapa yang ingin mengetahuinya.

Permalink Leave a Comment

http://www.geocities.com/giordano_u2/pendidikan_khas.htm

October 17, 2008 at 11:39 am (Uncategorized)

Laman ini menerangkan tentang proses pembelajaran dalam komputer bagi Pendidikan Khas.Dalam perkara yang dinyatakan membincangkan secara terperinci matlamat,objektif dan aplikasi pembelajaran dalam komputer.Pembelajaran tanpa sokongan komputer tidak dapat menhasilkan pembelajaran yang sempurna lebih-lebih lagi untuk pelajar pendidikan khas yang sesetengahnya dapat memfokuskan pembelajaran yang berbentuk tayangan dan dimensi komputer.

Keadaan ini secara tidak langsung dapat memudahkan tugas guru pendidikan khas mengawal dan memastikan pelajar-pelajar khas tersebut menerima pengajaran guru dengan berkesan.laman ini turut mendedahkan tugas dan peranan komputer dalam profesion perguruan Pendidikan Khas.diterangkan juga cara-cara menggunakan komputer dengan berkesan termasuklah penggunaan surat elektronik atau emel,laman web dan multimedia komputer.

Laman ini sesuai dijadikan rujukan kerana jelas sekali isi kandungannya yang padat memberikan manfat dan input yang cukup dalam persediaan seorang pelajar program pendidikan terutamanya program Pendidikan Khas mengaplikasikan komputer dalam pembelajaran mereka di IPT dan juga apabila keluar bekerja sebagai seorang guru.

Permalink Leave a Comment

http://www.geocities.com/uitm_ot/ADHD.htm

October 17, 2008 at 4:05 am (Uncategorized)

Laman ini mengkhususkan kepada penerangan tentanng masalah ADHD iaitu masalah ganguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan terhadap sesuatu yang dilakukan.Masalah ini dialami oleh  1 daripada 25 kanak-kanak yang dilahirkan.Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktiviti (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak-kanak dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.

Pengunjung laman ini juga akan didedahkan kepada masalah ini secara terperinci iaitu meliputi ciri-ciri,tanda-tanda awal,faktor-faktor,kaitan ADHD dan sebagainya.Selain itu,pengunjung juga didedahkan kepada diagnosis dan rawatan awal bagi mengatasi masalah ADHD ini daripada berterusan.

Laman ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan pembelajaran bukan sahaja kepada golongan pelajar IPT yang mengikuti program Pendidikan Khas,malahan sesuai untuk semua golongan yang ingin menambahkan pengetahuan mengenai ADHD terutamanya ibubapa.Maklumat yang lengkap dan terperinci sudah pasti menjadi tarikan utama seseorang pengunjung itu melawati sesebuah laman web.Oleh itu,laman ini menepati ciri-ciri tersebut.

Permalink Leave a Comment

http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=33

October 16, 2008 at 5:31 am (Uncategorized)

Laman yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini memfokuskan kepeda aspek perkembangan kanak-kanak bermula usia 2 tahun dan keatas.Perkembangan pada tahap ini dilihat sebagai tahap perkembangan yang terpenting dalam membentuk perkembangan yang berterusan yang sempurna dan berterusan kanak-kanak.Laman ini merupakan hasil forum yang meliputi aspek perkembangan kognitif, psikomotor, bahasa, persepsi, spatial, fizikal, sensori dan emosi. Kesemua perkara ini perlu diperhatikan agar penilaian yang dibuat dapat menggambarkan keadaan sebenar tentang kekuatan dan kelemahan seseorang agar permasalahan yang timbul dapat diatasi dengan rancangan yang sistematik, spesifik dan efektif.

Pada pandangan saya,laman ini sesuai untuk dijadikan rujukan kerana dalam laman ini,pengunjung iaitu pelajar dapat memperolehi input yang  membantu  dalam program Pendidikan Khas sama ada bagi subjek Perkembangan dan Ciri Kanak-Kanak Khas  bagi semester satu ataupun  Pengkhususan  Kanan-Kanak Khas  yang akan diambil pada semester dua kerana dalam  laman ini  turut didedahkan pengkhususan kanak-kanak khas iaitu masalah penglihatan,pendengaran,pembelajaran dan sebagainya.Pengunjung pasti dapat memahami isi kandungan laman ini dengan mudah kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami.

Permalink Leave a Comment

www.geocities.com/psykidsukm/

October 15, 2008 at 8:48 am (Uncategorized)

Laman web ini menerangkan tentang tahap perkembangan kanak-kanak dari awal kelahiran hinggalah kepada tahap dewasa.Perkembangan yang dinyatakan meliputi aspek perkembangan sensori iaitu deria,perkembangan kognitif iaitu perkembangan pemikiran,perkembangan bahasa,perkembangan struktur tubuh dan juga perkembangan sosio-emosi.Pengunjung laman web ini juga akan diperkenalkan kepada ‘siapakah kanak-kanak yang sebenar?’ dan juga dapat mengenali ahli-ahli psikologi kanak-kanak yang terkemuka seperti Freud,Vygotsky dan Jean Piaget.

Laman ini juga menerangkan sedikit sebanyak mengenai proses perkembangan pranatal dan bayi semasa dalam kandungan iaitu meliputi perkembangan tubuh,pemakanan bayi melalui plasenta dan juga perkara yang menjadi faktor kepada masalah semasa kelahiran dan juga kecacatan bayi.

Laman web ini sesuai dijadikan rujukan pembelajaran bagi pelajar-pelajar program Pendidikan Khas kerana hampir 60 peratus daripada struktur subjek Perkembangan dan Ciri Kanak-Kanak Khas diterangkan dalam laman ini.Selain itu,subjek ini menggunakan modul dan teks dalam bahasa Inggeris.Oleh itu,kebanyakan pelajar mengalami masalah memahami apa yang dipelajari ditambah penggunaan istilah-istilah saintifik.Dengan adanya laman ini,pelajar sudah pasti dapat memahami isi kandungan subjek dengan lebih mudah.

Permalink Leave a Comment

NOTA KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

August 11, 2008 at 8:14 am (Uncategorized)

LANGKAH-LANGKAH MENJADI AHLI SESUATU KUMPULAN (YAHOO GROUP)

  1. Apabila menerima jemputan,klik pada “join this group”
  2. Jika mendapat jemputan,masuk kedalam ruangan “search” dan pilih kumpulan.
  3. Membuat pengesahan dengan menaip semula kata kunci yang diberikan dengan betul.
  4. Log in kedalam Yahoo Group dan buka halaman yang telah didaftarkan.

LANGKAH-LANGKAH MENJEMPUT ORANG LAIN MENYERTAI KUMPULAN

  1. Masuk kedalam ruangan kumpulan yang telah dibina melalui Yahoo Group dan Yahoo Mail.
  2. Klik pada nombor pendaftaran iaitu kumpulan yang telah dibina
  3. Klik pada “invite” untuk mula menjemput orang lain.
  4. Masukkan alamat emel orang lain samaada individu atau beberapa emel(kumpulan) di ruangan yang disediakan.
  5. Klik pada “submit invite” untuk pengesahan.

Permalink Leave a Comment

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN

August 11, 2008 at 4:43 am (Uncategorized)

Langkah-Langkah Pengubahsuaian Signature

  1. Mendaftar masuk kedalam Yahoo Mail
  2. Klik pada opsyen
  3. Klik pada Mail Opsyen
  4. Dibaewah “management” klik pada signature
  5. Pilih untuk kategori pendidikan dan jenis pendidikan
  6. Pilh grafik,warna dan bentuk tulisan yang ingin anda gunakan.
  7. Masukkan teks dalam ruangan yang disediakan dengan menaip nama penuh,nombor pendaftaran pelajar,nombor telefon dan alamat email serta alamat blog.
  8. Klik pada “add signature to all outgoing message” bagi membolehkan signature yang anda bina terpapar di ruangan emel anda.
  9. Klik pada “save” untuk menyimpan signature.

Perbandingan Antara Signature dan Compose

  1. Ciri-ciri dan penggunaan

             Signature adalah suatu sistem pengenalan atau maklumat diri yang dibina dalam sistem emel untuk dihantar kepada seseorang sebagai pernyataan seperti dalam kuliah,signature akan digunakan sebagai pernyataan kehadiran dalam kelas.Signature juga digunakan dalam penghantaran emel.

                Compose adalah ruangan yang disediakan untuk mengarang dan menghantar emel kepada kenalan yang terdapat dalam senarai penerima.Dalam compose anda boleh menyimpan emel yang telah anda bina didalam draft dan digunakan pada masa lain.Selain itu,dalam compose juga anda boleh melampirkan sesuatu maklumat berbentuk fail dan penerima dapat membaca fail yang dihantar tesebut dengan signature anda dihujung emel anda.

    2.   Persamaan

           Persamaan antara signature dan compose adalah:

  • Kedua-dua aplikasi ini terdapat didalam sistem YahooMail
  • Digunakan semasa proses penghantaran dan penerimaan emel

    3.     Perbezaan

        Signature

  •  aplikasi pengenalan diri dalam sistem mail
  •  kekal didalam sistem
  • dibuat pada peringkat awal dalam proses pembinaan emel

         Compose

  • aplikasi mengarang dan menulis emel
  • boleh dipadam daripada sistem
  • digunakan semasa menghantar emel sama ada individu emel atau kumpulan

  4.      Refleksi

  • Wikipedia
  • Perbincangan kumpulan
  • Pemerhatian terhadap praktikal dan aplikasi
  • Pengetahuan sedia ada dari kuliah awal

Perbandingan Antara Forward,Reply dan Carbon Copy.

  1. Ciri-ciri dan penggunaan

        Forward merupakan suatu aplikasi yang terdapat dalam ruangan emel yang digunakan dalam proses penghantaran emel iaitu apabila penghantar ingin menghantar emel yang diterima kepada individu lain samaada emel tersebut 100% sama dengan emel asal atau diubah sedikit isi emel tersebut.

          Reply adalah suatu aplikasi didalam sistem emel yang digunakan untuk membalas emel yang diterima dengan 100% emel yang bina oleh kita sendiri

          Carbon Copy ialah aplikasi yang terdapat dalam sistem emel yang digunakan semasa hendak menghantar emel,tetapi penerima emel tersebut bukanlah individu sebaliknya secara kumpulan iaitu ditulis dengan beberapa senarai penerima dan penerima-penerima tersebut akan menerima emel tersebut serentak.

   2.    Persamaan

             Persamaan antara ketiga-tiga aplikasi ini ialah:

  • Terdapat dalam YahooMail
  • Terdapat dalam ruangan compose
  • Digunakan semasa dalam proses penghantaran emel

   3.  Perbezaan

        Forward

  • Menghantar emel menggunakan emel yang diterima
  • Samaada 100% emel asal atau diubahsuai

         Reply

  • Membalas emel yang diterima kepeda individu atau kumpulan
  • 100% emel yang dibina sendiri oleh penghantar

        Copy Carbon

  • Menghantar emel secara berkumpulan
  • Emel diterima oleh senarai penerima secara serentak
  • Samaada 100% emel dibina sendiri atau dari emel yang diterima

   4.   Refleksi

  • Aplikasi dan praktikal
  • Pengetahuan sedia ada dari kuliah awal
  • Perbincangan kumpulan
  • Rujukan wikipedia

Perbandingan Antara Yahoo Mail,Yahoo Group dan Blog

              Yahoo Mail,satu sistem komunikasi yang berbentuk surat elektronik atau dikenali sebagai email yang menggunakan jaringan internet sebagai pengantara yang dapat menghubungkan sesiapa didunia tanpa batasan asal sahaja individu tersebut mempunyai komputer dan internet.Dalam aplikasi ini juga,pelbagai data termasuk juga gambar boleh dihantar dan diterima dengan pantas.

                 Yahoo Group,merupakan sistem perhubungan secara berkumpulan yang memerlukan alamat kumpulan dan email bagi membolahkan setiap ahli dalam kumpulan menerima sesuatu maklumat sama ada berbentuk perbincangan,hiburan atau perkongsian pendapat diterima serentak.Dalam aplikasi ini,seorang individu yang ingin membina kumpulan perlu menjemput dan individu yang dijemput perlu mendaftar atas talian kedalam kumpulan.

                 Blog ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian.Blog yang tipikal menggabungan teks,imej dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada sesuatu yang tidak berbertuk teks.

 

Permalink Leave a Comment

KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

August 4, 2008 at 3:39 am (Uncategorized)

Kurikulum dalam pendidikan merangkumi sistem dan strategi/pelaksanaan.Cara pembelajaran yang terbaik adalah dari pengalaman(pra-praktikum dan praktikal).

      “…the curriculum as all the organised and intended experiences of the student for which the school accepts responsibility.In other word,the curriculum is not just the intelectual content of the subjects taught,but also the method used to teach them….”   Ryan and Cooper (1998:233)

Bagi melahirkan rakyat malaysia lengkap dari segi psikologi-sosial pendidikan memerlukan 3 unsur asas yang penting iaitu kognitif,afektif dan psikomotor yang seharusnya menjadi kesan jalinan dalam bidang pembinaan dan penyampaian kurikulum(Hussein,1993)

Perbandingan Kurikulum Di Universiti dan IPG.                                                         

  • Kursus Asas
  • Kursus Wajib
  • Kursus Pilihan

Pengisian Kurikulum

  • Pengetahuan-ilmu asas dan khusus
  • Kemahiran- iktisas,belajar,berfikir,berkomunikasi,membimbing,kaedah pedagogi
  • Nilai-amalan nilai murni seperti penyayang,pekerti mulia,amanah,taat,wibawa,ketrampilan,inovatif,patriotik dan daya tahan.

Organisasi Kurikulum

  • Guru dan alam pendidikan-meliputi tadika,sekolah rendah,menengah dan IPT.
  • Sekolah dan pelaksanaan kurikulum
  • Pelajar dan kemampuannya-strateri pengajaran dan pembelajaran
  • Pengajaran dan pembelajaran
  • Penilaian dalam pendidikan-peperiksaan
  • Perkembangan potensi pelajar khas
  • Refleksi dan perkembangan kendiri-kursus dan seminar

Strategi dan Pelaksanaaan

  • Kesepaduan antara teori dan praktikal
  • Keseimbangan antara proses dan produk
  • Penekanan kepada aspek MENGAPA,BAGAIMANA dan APA.

 

 

Permalink Leave a Comment

Next page »